Saturday, September 6, 2014

SHAH ALAM OUTLET - NOW OPEN

HONK telah melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan terbaru kami di :-

LOT G08, GROUND FLOOR,
KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM,
SEKSYEN 14 PESIARAN TASIK,
40000, SHAH ALAM, SELANGOR.

Hari pelancaranan outlet kami tersebut pada 16 haribulan Ogos 2014 yang lalu.

Pandangan Luar



















Pandangan Dalam
















Kepada para penggemar nasi kerabu SEDAP, boleh lah berkunjung ke restoran kami yg berdekatan dengan anda.., kami sentiasa menunggu kedatangan anda.

Selamat menjamu selera..

Friday, February 8, 2013

MENU TERBARU DARI HONK - Nasi Kerabu LAMBCHOP & Tea TARIK MADU Ais Special

MENU TERBARU...

Nasi Kerabu LAMBCHOP & Tea TARIK MADU Ais Special... 

Dapatkan 2 Menu Istimewa ini di H.O.N.K. (House of Nasi Kerabu) bermula dari bulan Mac 2014

1.) Nasi kerabu dan LambChop.. 2 nama yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Kini digabungkan dalam satu hidangan di HONK. Suatu gabungan mantap dan teruja bila makan bersama 2 pilihan hebat ini. Juga dikenali sebagai makanan As Sunnah.


2.) Tea Tarik dengan campuran MADU Special HONK bagi melengkapkan gabungan Makanan As Sunnah... Memang perghhh rasa nyer...


  
Nasi Kerabu LAMBCHOP

  
Tea Tarik MADU Special HONK

Tuesday, June 26, 2012

Menu baru - NASI KUKUS AYAM DARA

Salam buat semua pengunjung HONK. Kami sedang memperkenalkan satu MENU baru iaitu NASI KUKUS AYAM DARA. Ayam Muda se-ekor yg dipotong 4 bahagian, digoreng bersama rempah ratus terpilih yang istimewa dan dihidangkan panas2 bersama kuah gulai kawah yang sangat popular di Negeri Kelantan. Memang enak dan teruja dimakan bersama sambal gulai kawah dan timun muda yang rangup. Datang lah ke HONK sekarang, TUNGGU APA LAGIII.... JOMMMM.... Selamat menjamu selera di HOUSE OF NASI KERABU...

Saturday, February 4, 2012

GAMBARAN H.O.N.K.

Pandangan dari luar House Of Nasi Kerabu...


Pandangan Dalam H.O.N.K.


Nasi Kerabu NARA.... Ini adalah RESIPI TURUN-TEMURUN kami yang wajib anda cuba!...

INFO NASI KERABU NARA [Since 1949]

Nasi Kerabu NARA adalah sempena satu nama daerah di Selatan Thailand iaitu Narathiwat. Di daerah inilah Pengasas House of Nasi Kerabu iaitu Puan Hajjah Jaharah binti Omar dilahirkan pada tahun 1949 [Since 1949]. Resipi Nasi Kerabu NARA ini telah diwarisi dan diperturunkan oleh beberapa generasi keturunan beliau sejak zaman berzaman lagi. Beliau bersama suami, Allahyarham Mamat bin Daud telah berhijrah dan menetap di Kota Bharu Kelantan sekitar tahun 60an dengan membuka gerai makan yang menjual Nasi Kerabu NARA. Kedai terakhir mereka sebelum penubuhan House of NASI KERABU adalah di bawah Pasar Besar Lama yang juga dikenali sebagai Pasar MPKB.

Uniknya Nasi Kerabu NARA ini adalah terletak pada bahan-bahan campuran didalam proses penyediaan Nasi Kerabu NARA ini. Dimana warna biru Nasi Kerabu NARA tersebut dihasilkan daripada ekstrak jus daun mengkudu yang membuatkan bau nasi menjadi wangi, Budunya terlebih dahulu dimasak dengan herbal istimewa terpilih, Kerisik kelapa yang diadun bersama rempah ratus terpilih, Sambal ikan yang diproses halus dan teliti dalam penyediaannya dan juga ulam-ulaman kampung. Campuran bahan-bahan tersebut menjadikan Nasi Kerabu NARA rasa yang begitu nikmat dan teruja bagi setiap hidangannya.


Nasi Kerabu TUMIS...


Ayam Percik, Ikan Goreng Celup Tepung Solok Lada Hijau...


Nasi Dagang Ayam


Nasi Berlauk Ikan TONGKOL...


Bihun Goreng SANTAN NARA - yang ni mesti kena cuba.. dan Nasi Goreng Kampung... TERBAEKKKK lah...


Secawan kopi 'O' sebelum "menoreh" (kerja)... Perghhhh.. Cawan Classic dan SUDU tu yg special sekali... teringat masa atuk pertama kali bawa ke kedai kopi sekitar bandar Kota Bharu dulu2...


Air Botol Classic Sejak Berzaman pun ada.... Kembali NOSTALGIA lama.. teringat tahun 70 an dulu-dulu... Seluar "bell bottom"... berkasut tumit tinggi.. rambut afro... hurmmm

Friday, August 12, 2011

Jalan2 Cari Makan @ HONK

Sedutan dari Program JJCM musim 2011 yg telah membuat liputan di House Of Nasi kerabu.



Terima kasih kepada TV3 dari Program Jalan2 Cari Makan.


Liputan Media utk HONK



















KOSMO - 9 Aug 2011




















METRO Ahad - 24 Julai 2011




















Mingguan Malaysia - 1 Mei 2011




















Majalah RAPI - April 2011




















Majalah RAPI - April 2011




















Majalah RAPI - April 2011


















MEGA - Utusan Malaysia - 15 April 2013


















MEGA - Utusan Malaysia - 15 April 2013

Wednesday, March 2, 2011

KINI DIBUKA

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia nya, maka House of Nasi Kerabu telah di buka untuk beroperasi pada 28 hb. Februari 2011..


Di House of Nasi Kerabu, kami cuba menonjolkan gambaran Kelantan lama dengan memaparkan beberapa keping gambar2 lama sekitar Kota Bharu. Sesuai dengan makanan kami iaitu Nasi Kerabu NARA yang memang popular sejak dari dulu lagi.

Sebenarnya sejarah kedai kami memang telah sekian lama beroperasi di bahagian bawah Pasar Lama MPKB di Kota Bharu. Cuma sekadar gerai biasa sahaja dengan menggunakan nama "Restoran NARA" sebagai nama pasaran pada ketika itu. Serentak pihak Majlis Perbandaran iaitu pihak MPKB mahu menambah baik pulih Pasar Lama tersebut, maka gerai tersebut telah ditutup semenjak pertengahan tahun 2010 yang lalu.

Mengambil pendekatan untuk memperkenalkan Nasi kerabu NARA ini ke pasaran yang lebih jauh, maka kami mengambil keputusan untuk membuka Kedai baru kami di luar Kelantan. Pilihan yang paling tepat adalah Prima Sri Gombak memandangkan ramai penduduk sekitar adalah dari Pantai Timur yang memang menanti-nantikan sebuah restoran seperti kami.










Dengan rasa hormat, kami menjemput anda untuk berkunjung ke Restoran Kami dan mencuba sendiri makanan yang kami sediakan. Nescaya anda tidak akan menyesal dengan resipi turun temurun kami ini.

"Kualitti Makanan Tanggungjawab Kami, Insyallah..."