Wednesday, March 2, 2011

KINI DIBUKA

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia nya, maka House of Nasi Kerabu telah di buka untuk beroperasi pada 28 hb. Februari 2011..


Di House of Nasi Kerabu, kami cuba menonjolkan gambaran Kelantan lama dengan memaparkan beberapa keping gambar2 lama sekitar Kota Bharu. Sesuai dengan makanan kami iaitu Nasi Kerabu NARA yang memang popular sejak dari dulu lagi.

Sebenarnya sejarah kedai kami memang telah sekian lama beroperasi di bahagian bawah Pasar Lama MPKB di Kota Bharu. Cuma sekadar gerai biasa sahaja dengan menggunakan nama "Restoran NARA" sebagai nama pasaran pada ketika itu. Serentak pihak Majlis Perbandaran iaitu pihak MPKB mahu menambah baik pulih Pasar Lama tersebut, maka gerai tersebut telah ditutup semenjak pertengahan tahun 2010 yang lalu.

Mengambil pendekatan untuk memperkenalkan Nasi kerabu NARA ini ke pasaran yang lebih jauh, maka kami mengambil keputusan untuk membuka Kedai baru kami di luar Kelantan. Pilihan yang paling tepat adalah Prima Sri Gombak memandangkan ramai penduduk sekitar adalah dari Pantai Timur yang memang menanti-nantikan sebuah restoran seperti kami.










Dengan rasa hormat, kami menjemput anda untuk berkunjung ke Restoran Kami dan mencuba sendiri makanan yang kami sediakan. Nescaya anda tidak akan menyesal dengan resipi turun temurun kami ini.

"Kualitti Makanan Tanggungjawab Kami, Insyallah..."

4 comments:

Love You Miss You said...

Kin pencinta nasi kerabu, now dah jumpa.

Insyallah, akan kin terjah.

themummysya.com

Unknown said...

bila nak masuk jalan2 cari makan bro?

Cikgu Liza said...

tak sabar nak gi cuba , gambar nmpk mcm menyelerakan.

IIInorzIII said...

nati mau pegi lah..